Ahad, 17 April 2011

Perkahwinan diraja Putera William - Kate Middleton

Dicatat oleh Far Lin di 8:07 PTG

*Ibu bapa Kate Middleton akan mengeluarkan perbelanjaan hampir AS$163,000 (RM492,911) untuk majlis perkahwinan anak perempuannya itu dengan pewaris kedua takhta England, Putera William hujung bulan ini.

*Ibu bapa Middleton iaitu Carole dan Michael Middleton memperuntukkan perbelanjaan untuk hotel, gaun pengantin serta pengapit pengantin perempuan, pakaian pembantu kehormat dan tempat bulan madu pasangan tersebut.

*Ibu bapa Middleton akan membayar beberapa suite di Hotel Goring yang terletak di tengah London di daerah Belgravia termasuk dua bilik tidur dan lima suite untuk Middleton, adik perempuannya, Pippa dan pembantu kehormat.
Carole, Michael dan anak lelaki mereka, James yang merupakan adik Middleton dilaporkan tinggal di sebuah hotel tidak jauh dari Istana Buckingham bagi menghadiri majlis perkahwinan itu di Westminster Abbey pada 29 April ini.
Bil untuk hotel sahaja difahamkan melebihi jumlah AS$32,640 (RM98,703).

*Ibu bapa Middleton yang meraih pendapatan sebanyak jutaan pound sterling hasil perniagaan barang-barang untuk berparti juga mengeluarkan perbelanjaan sebanyak AS$48,960 (RM148,055) untuk gaun Middleton dan AS$32,640 (RM98,703) bagi pakaian Pippa.Keluarga diraja itu berkongsi kos perkahwinan dengan ibu bapa Middleton.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Ordinary world...... Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | Angry Birds Merchandise